Feb 20, 2011

Moment to share..,

entry kali nie aku nak kenang balik kenangan ketika kami semua pergi  trip sambil belajar di Kuala Lumpur dan Melaka..ala-ala Cuti-cuti Malaysia gitu..semua budak kelas 501 join trip kali nie..memang gempak gle laa..walaupun just 2 hari 1 malam ianya tetap seronok sangat-sangat lah..

perjalanan bermula jam 6.30 pagi selepas selesai solat subuh..kenangan paling lawak dan paling aku tak boleh lupa ada sorang budak nie..time tu bas nak gerak dah tapi dia masih belum muncul-muncul lagi..kemana menghilangnya dia???setelah mengambil beberapa inisiatif,pengetua kami selaku ketua trip kali nie,En. Aizuddin Dato' Hj. Hussin menelefon emak kepada budak tu..setelah berbincang rupanya bencana menimpa budak tersebut..DIA LUPA..alamak..untuk tidak mengambil sebarang kerosakan dalam tentatif program,kami meneruskan perjalanan tanpa menunggu budak tersebut..alaa..ciannya dia..kena tinggal sudah.. =p

sepanjang perjalanan memang bermakna buat kami semua..ketawa..menyanyi..sakat menyakat..macam-macam ada laa..setelah mengambil masa lebih kurang satu jam,kitaorang (pak cik bawa bas) berhenti di perhentian Tapah untuk mengisi perut yang sememangnya kosong..

Kira-kira jam 10.00 (agaknya laa),kitaorang semua berhenti di tempat apa ntah..banyak lebah kat situ..tapi semuanya dah mati laa..hehe..di situ ramai yang ambil peluang merasa bermacam jenis madu lebah..sedap ke???..ntah laa..then,kami semua pegi ke Taman Mini Malaysia,Ayer Keroh..best laa tempat tu..macam-macam jenis rumah daripada pelbagai negeri terdapat di situ..

Malam tu kami semua bermalam di asrama di Victoria Institution (v.i),memandangkan masa tu time cuti sekolah jadi kosong laa sekolah tu..best jugak..dari situ ktaorang boleh lihat menara KLCC dengan jelas..FUYOOO..kalau nak harap kat Tat Beng,tengok menara TNB aje laa..hehe..

Malam tu jugak menjadi malam yang teramat boring di tengah-tengah kota besar..mana tidaknya..cikgu-cikgu semuanya bersantai di Dataran Merdeka sebab nak tengok perlawanan bola di skrin gergasi kat situ..yang kami semua melilau mencari keseronokan sendiri..haha..bayangkan jam 11 malam..agak-agak kedai apa yang buka malam-malam nie yew..satu-satunya kedai yang ada 7eleven..itulah yang diberitahu oleh DBKL kat situ..7eleven pun jadi laa..percaya atua tidak..ada antara kami yang makan megi di tengah-tengah kota raya tu..hayooo..

Last day..
Pagi-pagi lagi dah pekena nasi lemak dari mak cik kantin skola v.i..sedap laa jugak..hee..tempat terakhir pada hari terakhir nie adalah Petrosains dan KL Tower..waa..excited sangat-sangat..


Di Hentian Tapah




 

olololo comeynya..



hero Malaya..hahh???? (semasa di melaka)

Melaka..



Petrosains memang best laa..

Jambatan Menara Berkembar KLCC..yahoo


Taman Mini Malaysia..huuuu..


   We do not remember days, we remember moments. The richness of life lies in memories we have forgotten





No comments:

Post a Comment