Aug 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!!

*sekarang roomate kmi suma bersiap-siap nak balik kejap lagi..lantak depa laa..km dok depan lappy layan fb lagi best..haha..jahat meyhh..

orite..today we have to learn about RAYA..cewah-cewah..apa kmi merepek nie..tawu laa excited nak balik kejap lagi..jangan laa nak over seronok sangat..

SELAMAT HARI RAYA tuk bebudak 501 and 502 batch 93..MAAF ZAHIR DAN BATIN,dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki..raya jangan datang umah kmi taw (maria),mention nama takut lupa..JANGAN DATANG OK..


yang specialnya pasal raya tahun nie,kita akan sambut raya sehari sebelum MERDEKA..so bila RAYA + MERDEKA = RADEKA la kan..hehe..best sangat,sambil-sambil pegi beraya umah orang bawa laa bendera sekali..athe,kata anak MALAYSIA..cer semangat sikit..ini ingat nak raya je..



Aug 23, 2011

Lebaran di Ambang Kemerdekaan

Assalamualaikum

Hari ni dah 23 hari kite berpuasa dalam tahun 2011 ni. Maksudnya, minggu depan dah nak raya.
oi oi. baju raya dah beli? kuih raya dah siap? jangan membazir dah la..bersederhanalah anda sebelum disederhanakan.Apekah yg aku cuba cakap ni.

- sesi mengumpat -
Dalam banyak-banyak raya, aku ingat yang masa form 4 tu. Sebab masa tu kami, 501&502 berkonvoi ramai-ramai pergi rumah kawan-kawan. kan..kan.? sila angguk sape yang terlibat.

Ramai gila masa tu. Ada berapa bijik moto ntah. Aku naik dengan atikah (promote ni) hehe. Kami beraya dari matang raja sampai ke...area2 temerlok.  Tapi aku tak pun. aku dari Sg.Baru. Kira tengah-tengah antara matang raja dan temerlok. (betul tak. sori geografi B) :D 


Menunggu dan menunggu sampai pukul dua lebih baru sampai rumah aku! marah ni. Tau la ramai duduk area sana. Sharimie and the gang. Disebabkan dah nak petang, dan banyak lagi rumah nak pergi. Perjalanan agak tergesa-tergesa. haha. Ada satu sejarah terjadi..Masa dekat rumah asmidar ,nak ke rumah seterusnya, dia telah membonceng motosikal dengan sendirinya secara solo! ayat bm ye. first time tu. Tahniah . Terpaksa sebenarnya. Sebab motor tak cukup.  heheh.


Rumah terakhir yang dikunjungi adalah ----> che' da
Masa tu dah petang. Duduk-duduk , minum-minum, makan-makan. Lepas tu kami pun balik. Seharian berkonvoi.  Dapat jugak la duit raya. terima kasih sape yang bagi tu. rumah manekah? aku tau rumah aku tak de duit raya. hahaha. ramai sangat. aku pun terkejut. Eh. masa tu chinese girl dalam kelas 501,mei yan pun ikut tau. Kita 1Malaysia! tetiba .  Ada satu lagi cita. Aku jatuh motor sebab try nak bawak midat. muahaha. Terlupa nak tahan kaki. malu malu. nasib baik tak ramai orang nampak. hee.


haa. ni la gmbar masa raya tu. muka innocent dan suci macam baby~
hahaha. yg pegang bear tu sharimie (tak tau ape motif dia) persoalan ini masih misteri -.-
dari kiri, midat, an, tikah & amy.



Ok. tutup sesi mengumpat! 
Untuk bebudak 501 dan juga 502 tahun 2010, 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 

 Selamat Hari Raya semua!
nanti kita jumpa ye. Jemputlah datang rumah. :)




dan tak lupe jugak
 
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke-54



Merdeka!
“ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”


fieka_ieqa